Monday 28 November 2011

Menyedihkan....

Cuti sekolah dah bermula.Korang semua ada merancang nak pergi bercuti ke mana2 ke?Aku dekat sini bukannya nak bercerita pasal bercuti.Aku sebenarnya nak cerita pasal hari kegembiraan aku bertukar menjadi hari yang amat menyedihkan yang jatuh pada hari Sabtu,26/11/2011.Pada hari Sabtu,ibu bapa aku bawak aku dengan adik aku pergi swimming dekat Bukit Jalil.Aku bawak sekali kawan aku.Sepatutnya,kitaorang pergi dekat Golf Club BK6,tapi dekat sana ada function.Kebetulan,kawan aku ni membership dekat Golf Club Bukit Jalil,so bapak aku kata baik pergi je dekat Bukit Jalil.Sesampainya di sana,kitaorang pun cepat2 masuk dalam swimming pool.Kitaorang swmming dari pagi sampai pukul 12.30.Memang seronok.Lepas je pergi swimming,kitaorang pun balik la.Ye la,dah habis swimming balik la kan?(Penat.)Sampai je dekat rumah,kitaorang makan dulu,lepas tu baru tidur dengan nyenyak.Lepas je bangun,aku pasang la TV.Tidak sampai beberapa minit,telefon aku berdering.Dekat telefon aku tertera nama kawan baik aku.Aku cepat2 angkat.Dalam hati aku tertanya2 kenapa dia menelefon aku.Bila aku angkat,dia cakap ada berita buruk yang aku tak akan percaya.Aku pelik.Apa berita buruk yang ingin dia sampaikan?"Apa dia?",aku bertanya.Dia cakap bapak dia pergi kenduri kahwin,lepas tu bapak dia ternampak ustaz dan ustazah sekolah agama aku.Bapak dia pun tegur la ustaz tu.Selepas lama berborak,bapak dia pun bertanya kepada ustaz tu,"Semalam ada kenduri tahlil ke?".Ustaz tu pun menjawab"Ye.Ada orang meninggal".Lalu ustaz berkata,Ustaz Hadi meninggal(ustaz sekolah agama.)Lepas je habis kenduri kahwin tu,diorang pun balik la.Bapak kawan aku tanya dekat kawan aku.Dia tanya sama ada kawan aku kenal tak Ustaz Hadi?Kawan aku pun jawab la"Kenal.Kenapa?".Lalu ayah dia pun kata Ustaz Hadi dah meninggal dunia.Aku menjadi terkejut dan tidak percaya.Ustaz Hadi iaitu bekas guru kelas adik aku dekat sekolah agama yang masih muda yang berumur 22 tahun,yang baik dan peramah telah pergi untuk selama-lamanya.Aku berasa amat terkejut dan tidak percaya...itulah yang mampu diungkapkan di dalam hatiku.Aku berasa amat sedih.Aku berasa seperti sedang bermimpi....Adakah ini benar??Aku berasa amat sedih dan sesungguhnya aku tidak bermimpi.


Sungguh besar kuasa Tuhan.DIA mampu menarik nyawa manusia bila2 masa sahaja...Allah itu Maha Besar.DIA lah yang menentukan ajal maut setiap manusia...Aku hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat Ustaz Hadi...Al-Fatihah...

Sunday 13 November 2011

Rindu..!!!

Hari ini hari Ahad,13 November 2011.Hampir setahun aku tidak berjumpa dengan bibik Anah(bibik lamaku.)Aku terasa rindu dekat dia.Sudah hampir 3 bulan aku tidak telefon bibik aku.Setiap kali aku nak telefon dia,mesti tak dapat.Haritu aku tanye kenapa tak angkat,dia kata handphone dia rosak.Tapi sekarang tidak ada khabar pun daripadanya.Malah khabar angin pun tiada.Aku harap dia sihat.Aku ingat lagi mula2 dia datang ke rumah aku.Pada mulanya aku tak suka dekat dia,tapi setelah 5 tahun berkhidmat dengan keluargaku aku menjadi lebih rapat dengannya.Kadang2 kitaorang main kejar2.Kadang2  pun,kalau ada masa aku ,adik aku dan bibik aku pergi naik basikal pusing satu kawasan rumah kitaorang.Lepas je balik dari sekolah agama,aku selalu main badminton dengan bibik aku.Memang seronok.Tapi semua kenangan aku bersama bibik lamaku dah hilang.Dia telah pun balik kekampung halamannya diBandung pada 25 November 2010.Banyak kenangan pahit dan manis semasa dia bekerja dengan keluargaku.Aku berasa amat rindu dengannya.Sekarang aku mempunyai bibik baru.Dia pun baik macam bibik lama aku cuma dia tidak lah seperti bibik lamaku yang pandai membuatkan aku tersenyum dan ketawa.Bibik baru aku ni dia mempunyai sifat keibuan sikit,jadi dia tak de lah buat aku ceria.Kami hanya biasa2 je.Kalau ada rezeki,aku nak pergi ke Bandung nak jumpa bibik lama aku.Ye la aku terasa amat rindu dengannya....

Saturday 12 November 2011

My Family

1.Salman(the handsome and smart man.)
2.Nor Razlina Razelan(the best and the beautiful mum.)
3.Nurin Qistina Salman(the funny girl and the cuddly kids ever.)
4.Nurin Dania Salman(its me....!!!!!!the cute girl and always smile...)


My Family.....I love my family very,very,very much.....:*

Friday 4 November 2011

Sabar...

Baru je balik dari sekolah pagi.Penat sangat.Tadi dekat sekolah pagi,kitaorang ada sambutan Hari Kanak2.Best giler.....Lagi best daripada sekolah agama.Hari ini kitaorang dapat makan McDonald.Sedap.......sangat.......Sepatutnyer,kitaorang makan Pizza tapi x jadi dan ditunda pada minggu hadapan.Minggu depan pun kitaorang ada jamuan(cikgu kata.)Lepas je makan,aku,Athirah dan Zana pergi jalan2 satu sekolah.Kitaorang jalan2 sambil menikmati minuman yang kitaorang pegang.Lepas jalan2,kitaorang masuk kelas sebab dah nk dekat balik.Waktu dekat kelas,kitaorang borak2 la.Ada yang tgh dengar lagu.Tiba2,datang la pulak kawan aku.Waktu tu aku tengah borak2.Tiba2,kawan aku pergi ambik sos cili,n then baling kat aku.Aku pun marah la.Dia ingat aku ni tong sampah ke?main baling je sos tu.Nasib baikla sos tu x terbukak(kalau x habisla baju.)Selama ni aku sabar dengan kau,tapi kau buat aku macam ni.Kurang ajar.Dah la dulu fitnah aku pasal aku tak suka semua budak darjah 5.Aku x pernah ckp macam tu.Nasib baik aku sabar lagi.Tadi,sampai balik aku tak tegur dia.Aku buat tak tau je.

Wednesday 2 November 2011

Jamuan Sekolah Agama

Urrhhh....penatnyer....baru je balik dari sekolah.....amat penat sekali.Tadi dekat sekolah tak belajar ye la dah habis periksa akhir tahun jadi semua orang bebas nak buat kerja apa2.Aku tadi dekat sekolah hanya duduk dan membaca buku yg mak aku belikan.Lepas balik rumah,terus terasa cam pening n penat,so aku call mak aku n aku minta kebenaran  mak aku untuk cuti sekolah agama(lagipun sekolahagama bukannyer belajar,semua sebok main card UNO.)Jadi aku duduk rumah je la dengan adik aku....Hari ni mesti dekat sekolah agama diorang sebok cerita pasal jamuan semalam sebab semalam kitaorang ada jamuan akhir tahun dan sambutan hari kanak2.Semalam best la jugak waktu jamuan tu.Diorang semua pakai baju raya dan menutup aurat(itupun ustazah kitaorang yang suruh pakai baju raya.)Dekat sekolah kitaorang makan McDonald tapi yang Happy Meal punyer(yang budak2 punyer.)Tp dapat makan pun jadi la...lepas tu kitaorang main tukar2 hadiah....aku dapat hadiah dari kawan aku,Wan Aishah.Lepas tu kitaorang tangkap gambar bersama(satu kelas.)Ada yang tangkap guna handphone,ada yang tangkap guna camera...Lepas tu ustazah kitaorang ade buat game sape berpakaian paling glamour(murid perempuan dan lelaki) akan dapat hadiah,pelajar terbaik dan murid yang tidak pernah ponteng sekolah akan dapat hadiah..Murid yg berpakaian paling glamour untuk murid perempuan telah dimenangi oleh Athirah Diyana iaitu kawan baik aku,manakala bg murid lelaki pula dimenangi oleh Irfan Danial.Pelajar terbaik pulak ialah Firza Izati dan murid yg tak pernah ponteng sekolah ialah Nur Liyana....Aku rasa seronok sangat......