Monday 28 November 2011

Menyedihkan....

Cuti sekolah dah bermula.Korang semua ada merancang nak pergi bercuti ke mana2 ke?Aku dekat sini bukannya nak bercerita pasal bercuti.Aku sebenarnya nak cerita pasal hari kegembiraan aku bertukar menjadi hari yang amat menyedihkan yang jatuh pada hari Sabtu,26/11/2011.Pada hari Sabtu,ibu bapa aku bawak aku dengan adik aku pergi swimming dekat Bukit Jalil.Aku bawak sekali kawan aku.Sepatutnya,kitaorang pergi dekat Golf Club BK6,tapi dekat sana ada function.Kebetulan,kawan aku ni membership dekat Golf Club Bukit Jalil,so bapak aku kata baik pergi je dekat Bukit Jalil.Sesampainya di sana,kitaorang pun cepat2 masuk dalam swimming pool.Kitaorang swmming dari pagi sampai pukul 12.30.Memang seronok.Lepas je pergi swimming,kitaorang pun balik la.Ye la,dah habis swimming balik la kan?(Penat.)Sampai je dekat rumah,kitaorang makan dulu,lepas tu baru tidur dengan nyenyak.Lepas je bangun,aku pasang la TV.Tidak sampai beberapa minit,telefon aku berdering.Dekat telefon aku tertera nama kawan baik aku.Aku cepat2 angkat.Dalam hati aku tertanya2 kenapa dia menelefon aku.Bila aku angkat,dia cakap ada berita buruk yang aku tak akan percaya.Aku pelik.Apa berita buruk yang ingin dia sampaikan?"Apa dia?",aku bertanya.Dia cakap bapak dia pergi kenduri kahwin,lepas tu bapak dia ternampak ustaz dan ustazah sekolah agama aku.Bapak dia pun tegur la ustaz tu.Selepas lama berborak,bapak dia pun bertanya kepada ustaz tu,"Semalam ada kenduri tahlil ke?".Ustaz tu pun menjawab"Ye.Ada orang meninggal".Lalu ustaz berkata,Ustaz Hadi meninggal(ustaz sekolah agama.)Lepas je habis kenduri kahwin tu,diorang pun balik la.Bapak kawan aku tanya dekat kawan aku.Dia tanya sama ada kawan aku kenal tak Ustaz Hadi?Kawan aku pun jawab la"Kenal.Kenapa?".Lalu ayah dia pun kata Ustaz Hadi dah meninggal dunia.Aku menjadi terkejut dan tidak percaya.Ustaz Hadi iaitu bekas guru kelas adik aku dekat sekolah agama yang masih muda yang berumur 22 tahun,yang baik dan peramah telah pergi untuk selama-lamanya.Aku berasa amat terkejut dan tidak percaya...itulah yang mampu diungkapkan di dalam hatiku.Aku berasa amat sedih.Aku berasa seperti sedang bermimpi....Adakah ini benar??Aku berasa amat sedih dan sesungguhnya aku tidak bermimpi.


Sungguh besar kuasa Tuhan.DIA mampu menarik nyawa manusia bila2 masa sahaja...Allah itu Maha Besar.DIA lah yang menentukan ajal maut setiap manusia...Aku hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat Ustaz Hadi...Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment