Sunday 13 November 2011

Rindu..!!!

Hari ini hari Ahad,13 November 2011.Hampir setahun aku tidak berjumpa dengan bibik Anah(bibik lamaku.)Aku terasa rindu dekat dia.Sudah hampir 3 bulan aku tidak telefon bibik aku.Setiap kali aku nak telefon dia,mesti tak dapat.Haritu aku tanye kenapa tak angkat,dia kata handphone dia rosak.Tapi sekarang tidak ada khabar pun daripadanya.Malah khabar angin pun tiada.Aku harap dia sihat.Aku ingat lagi mula2 dia datang ke rumah aku.Pada mulanya aku tak suka dekat dia,tapi setelah 5 tahun berkhidmat dengan keluargaku aku menjadi lebih rapat dengannya.Kadang2 kitaorang main kejar2.Kadang2  pun,kalau ada masa aku ,adik aku dan bibik aku pergi naik basikal pusing satu kawasan rumah kitaorang.Lepas je balik dari sekolah agama,aku selalu main badminton dengan bibik aku.Memang seronok.Tapi semua kenangan aku bersama bibik lamaku dah hilang.Dia telah pun balik kekampung halamannya diBandung pada 25 November 2010.Banyak kenangan pahit dan manis semasa dia bekerja dengan keluargaku.Aku berasa amat rindu dengannya.Sekarang aku mempunyai bibik baru.Dia pun baik macam bibik lama aku cuma dia tidak lah seperti bibik lamaku yang pandai membuatkan aku tersenyum dan ketawa.Bibik baru aku ni dia mempunyai sifat keibuan sikit,jadi dia tak de lah buat aku ceria.Kami hanya biasa2 je.Kalau ada rezeki,aku nak pergi ke Bandung nak jumpa bibik lama aku.Ye la aku terasa amat rindu dengannya....

2 comments:

  1. Dania, you are very sincere. InsyaALLAH, rezeki murah, kita ke Bandung jumpa Bibik k...

    ReplyDelete