Friday 9 November 2012

Kenangan Terindah

Dah lama x bukak blog..tgk2 skrg ni dah nk dekat akhir tahun..cepatnya masa berlalu..keputusan PSRA dh dpt..Alhamdulillah,aku dpt MUMTAZ..happy sangat..skrg ni,nk tunggu keputusan UPSR..harap2 dpt la straight A's..and today is the day of school..feel sooo sad...sedih sbb kene berpisah dgn kengkawan terutamanya kawan yg rapat dgn aku,such as Zana,Wana,Nurina,Nabeela,Aimi,Izzati,Eliya,Zarith dan lain2..diorang ni la kawan yg mmg memahami diri aku..happy n bersyukur sbb dpt kawan mcm diorang..terima kasih,ya ALLAH..tp,harini aku kene berpisah dgn diorang...tahun depan pon x pasti dpt jumpa diorang  ke x..sedih...tahun depan aku akan pegi sekolah SMK4..kebanyakannya semua skola kat situ,tp Zana n Eliya kene pegi sekolah lain...kenapa aku kene berpisah dgn diorang??!!KENAPA??!!td,lepas je majlis perpisahan guru,Wana terus dtg kat aku...dia peluk aku n terus menangis...aku rasa sedikit cemas..n then baru aku tau kenapa dia menangis...waktu tu air mata aku mula menitis..sedih bila tgk dia nangis..aku x nk berpisah dgn dia...Wana,Zana,Nurina,Nabeela,Aimi,Eliya,Izzati n Zarith,aku nk mintak maaf kat korang...aku dh byk buat salah kat korang...korang baik sangat..aku mesti akan rindu kat korang..Jgn lupa aku tau..ya ALLAH..sedih nye...rasa mcm baru semalam masuk sekolah,berkenalan dgn kwn2..jumpa cikgu,belajar ABC,123...rupa-rupanya,skrg ni aku dh nk masuk tingkatan 1 n tinggalkan sekolah rendah..SKS2BK...byk kenangan selama aku belajar dan menimba ilmu dari tahun satu sampai tahun enam..enam tahun aku kat sekolah tu..skrg ni aku kene tinggalkan SKS2BK,cikgu2 n kwn2...sedih yg teramat...tak pe,nnti aku n kawan2 nk plan pegi outing..nnti kita dpt jumpa balik...nnti 19 November,keputusan UPSR diumumkan...aku dpt jumpa balik kawan2 aku tp cuma masa yg agak singkat...x pe la...Terima kasih,cikgu2 yg telah mengjar saya dari darjah 1 sampai darjah 6..saya amat hargai segala tunjuk ajar cikgu2..dan kepada kwn2,terima kasih sbb nk kawan dgn aku terutamanya kwn2 aku yg rapat dgn aku...terima kasih sbb berada di sisi aku sama ada senang atau susah..Ya ALLAH,kau kukuhkan lah persahabatan kami ini,ya ALLAH..Amin...Kenangan yg terindah....

Friday 9 March 2012

Ulang tahun ke 12

9 March 2000,aku dilahirkan.Aku diberikan nama Nurin Dania Salman,nama yang begitu indah bagiku,yang membawa maksud Cahaya Yang Hampir.Hari ni hari Jumaat,birthday aku.Pagi2 aku rasa happy sangat.Sebelum birthday aku pun,aku rasa happy..Orang pertama wish aku ialah ibu tercintaku,Mama !Second barula bapaku yang tercinta,Abah !Pagi2 aku bukak FB(facebook) ramai yang wish.Sampai je kat sekolah,Amanda atau panggilan manjanya Chombiii terus wish aku..Then,barulah kawan2 aku yg lain..Aku rasa happy sangat.Thx to my beloved family and my friends..I love u all so much..!!



Wednesday 1 February 2012

Kawan yang dipergunakan..

2012..!!Tahun yang amat bermakna buatku..Tahun ni aku akan menghadapi ujian yang amat besar iaitu,UPSR.Aku nk pasang azam aku.Aku nk belajar bersungguh2.Aku tak nk belajar main2..Korang plak??Apa azam korang??Bagi kawan2 aku yang akan menghadapi UPSR same with me,belajar.Skarang ni bukan masa utk main2 lg...Skarang ni aku bukan nk ceritakan pasal tahun baru,tp aku nk cerita pasal kawan aku.Dia ni dulu adalah kawan baik aku,tp skarang ni mungkin x.Aku rasa dia mempergunakan aku sebagai kawan.Aku rasa sedih sangat..Setiap kali bekas kawan baik aku datang,dia mesti layan bekas kawan baik aku,aku diketepikan,macam aku ni x wujud.Bila bekas kawan baik aku x dtg,baru nk layan aku..Satu lg,masa tu merentas desa..Lepas habis merentas desa,aku nk beli air.Aku tanya la dia,nak beli air x??Dia kata x nk..Lepas tu aku buat x tau n terus duduk kat kantin.Baru je nk duduk,dia dtg tempat aku n suruh aku belikan air utk dia.Aku rasa bengang sangat..Dah la aku penat,pastu mintak tolong belikan air..Macam la dia x fikir yang aku pun penat macam dia..Lepas je beli,tgk2 dia pergi borak dengan bekas kawan baik aku..Aku rasa geram sangat..Waktu tu rasa macam nk campak je air tu..Hmm..Sabar je la..


Kesimpulannya,janganlah kita pentingkan diri sendiri..Kalau kita penat,kawan kita pun penat.Mintalah bantuan bila kita dalam keadaan yang susah dan memerlukan bantuan.Jangan buat seseorang itu seperti hamba kita kerana kita semua sama.Kita ni pun seorang manusia dan hamba ALLAH.Secondly,pilihlah kawan yang baik.Jangan pilih kawan yang akan menikam belakang kita sbb aku pernah lalui perkara yg sama.


So,aku dah dapat pengajaran dalam perkara yang aku telah lalui ini.Kalau ada yang pernah melalui perkara yang sama macam aku,ambik ini sebagai iktibar.Semua manusia tidak dilahirkan dengan sempurna..Kena sabar..

Monday 28 November 2011

Menyedihkan....

Cuti sekolah dah bermula.Korang semua ada merancang nak pergi bercuti ke mana2 ke?Aku dekat sini bukannya nak bercerita pasal bercuti.Aku sebenarnya nak cerita pasal hari kegembiraan aku bertukar menjadi hari yang amat menyedihkan yang jatuh pada hari Sabtu,26/11/2011.Pada hari Sabtu,ibu bapa aku bawak aku dengan adik aku pergi swimming dekat Bukit Jalil.Aku bawak sekali kawan aku.Sepatutnya,kitaorang pergi dekat Golf Club BK6,tapi dekat sana ada function.Kebetulan,kawan aku ni membership dekat Golf Club Bukit Jalil,so bapak aku kata baik pergi je dekat Bukit Jalil.Sesampainya di sana,kitaorang pun cepat2 masuk dalam swimming pool.Kitaorang swmming dari pagi sampai pukul 12.30.Memang seronok.Lepas je pergi swimming,kitaorang pun balik la.Ye la,dah habis swimming balik la kan?(Penat.)Sampai je dekat rumah,kitaorang makan dulu,lepas tu baru tidur dengan nyenyak.Lepas je bangun,aku pasang la TV.Tidak sampai beberapa minit,telefon aku berdering.Dekat telefon aku tertera nama kawan baik aku.Aku cepat2 angkat.Dalam hati aku tertanya2 kenapa dia menelefon aku.Bila aku angkat,dia cakap ada berita buruk yang aku tak akan percaya.Aku pelik.Apa berita buruk yang ingin dia sampaikan?"Apa dia?",aku bertanya.Dia cakap bapak dia pergi kenduri kahwin,lepas tu bapak dia ternampak ustaz dan ustazah sekolah agama aku.Bapak dia pun tegur la ustaz tu.Selepas lama berborak,bapak dia pun bertanya kepada ustaz tu,"Semalam ada kenduri tahlil ke?".Ustaz tu pun menjawab"Ye.Ada orang meninggal".Lalu ustaz berkata,Ustaz Hadi meninggal(ustaz sekolah agama.)Lepas je habis kenduri kahwin tu,diorang pun balik la.Bapak kawan aku tanya dekat kawan aku.Dia tanya sama ada kawan aku kenal tak Ustaz Hadi?Kawan aku pun jawab la"Kenal.Kenapa?".Lalu ayah dia pun kata Ustaz Hadi dah meninggal dunia.Aku menjadi terkejut dan tidak percaya.Ustaz Hadi iaitu bekas guru kelas adik aku dekat sekolah agama yang masih muda yang berumur 22 tahun,yang baik dan peramah telah pergi untuk selama-lamanya.Aku berasa amat terkejut dan tidak percaya...itulah yang mampu diungkapkan di dalam hatiku.Aku berasa amat sedih.Aku berasa seperti sedang bermimpi....Adakah ini benar??Aku berasa amat sedih dan sesungguhnya aku tidak bermimpi.


Sungguh besar kuasa Tuhan.DIA mampu menarik nyawa manusia bila2 masa sahaja...Allah itu Maha Besar.DIA lah yang menentukan ajal maut setiap manusia...Aku hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat Ustaz Hadi...Al-Fatihah...

Sunday 13 November 2011

Rindu..!!!

Hari ini hari Ahad,13 November 2011.Hampir setahun aku tidak berjumpa dengan bibik Anah(bibik lamaku.)Aku terasa rindu dekat dia.Sudah hampir 3 bulan aku tidak telefon bibik aku.Setiap kali aku nak telefon dia,mesti tak dapat.Haritu aku tanye kenapa tak angkat,dia kata handphone dia rosak.Tapi sekarang tidak ada khabar pun daripadanya.Malah khabar angin pun tiada.Aku harap dia sihat.Aku ingat lagi mula2 dia datang ke rumah aku.Pada mulanya aku tak suka dekat dia,tapi setelah 5 tahun berkhidmat dengan keluargaku aku menjadi lebih rapat dengannya.Kadang2 kitaorang main kejar2.Kadang2  pun,kalau ada masa aku ,adik aku dan bibik aku pergi naik basikal pusing satu kawasan rumah kitaorang.Lepas je balik dari sekolah agama,aku selalu main badminton dengan bibik aku.Memang seronok.Tapi semua kenangan aku bersama bibik lamaku dah hilang.Dia telah pun balik kekampung halamannya diBandung pada 25 November 2010.Banyak kenangan pahit dan manis semasa dia bekerja dengan keluargaku.Aku berasa amat rindu dengannya.Sekarang aku mempunyai bibik baru.Dia pun baik macam bibik lama aku cuma dia tidak lah seperti bibik lamaku yang pandai membuatkan aku tersenyum dan ketawa.Bibik baru aku ni dia mempunyai sifat keibuan sikit,jadi dia tak de lah buat aku ceria.Kami hanya biasa2 je.Kalau ada rezeki,aku nak pergi ke Bandung nak jumpa bibik lama aku.Ye la aku terasa amat rindu dengannya....

Saturday 12 November 2011

My Family

1.Salman(the handsome and smart man.)
2.Nor Razlina Razelan(the best and the beautiful mum.)
3.Nurin Qistina Salman(the funny girl and the cuddly kids ever.)
4.Nurin Dania Salman(its me....!!!!!!the cute girl and always smile...)


My Family.....I love my family very,very,very much.....:*

Friday 4 November 2011

Sabar...

Baru je balik dari sekolah pagi.Penat sangat.Tadi dekat sekolah pagi,kitaorang ada sambutan Hari Kanak2.Best giler.....Lagi best daripada sekolah agama.Hari ini kitaorang dapat makan McDonald.Sedap.......sangat.......Sepatutnyer,kitaorang makan Pizza tapi x jadi dan ditunda pada minggu hadapan.Minggu depan pun kitaorang ada jamuan(cikgu kata.)Lepas je makan,aku,Athirah dan Zana pergi jalan2 satu sekolah.Kitaorang jalan2 sambil menikmati minuman yang kitaorang pegang.Lepas jalan2,kitaorang masuk kelas sebab dah nk dekat balik.Waktu dekat kelas,kitaorang borak2 la.Ada yang tgh dengar lagu.Tiba2,datang la pulak kawan aku.Waktu tu aku tengah borak2.Tiba2,kawan aku pergi ambik sos cili,n then baling kat aku.Aku pun marah la.Dia ingat aku ni tong sampah ke?main baling je sos tu.Nasib baikla sos tu x terbukak(kalau x habisla baju.)Selama ni aku sabar dengan kau,tapi kau buat aku macam ni.Kurang ajar.Dah la dulu fitnah aku pasal aku tak suka semua budak darjah 5.Aku x pernah ckp macam tu.Nasib baik aku sabar lagi.Tadi,sampai balik aku tak tegur dia.Aku buat tak tau je.